Dalam kepesatan masyarakat menuju ke arah negara maju ,masih wujud kekeliruan antara tuntutan agama dan adat yang menjadi pegangan kuat orang melayu.Bahkan kalau kita lihat ada pepatah yang mengatakan" biar mati anak ,jangan mati adat" ini sudah cukup menggambarkan betapa dalam sesuatu situasi adat mendahului kepentingan lain dalam hidup....pada pendapat saya dalam artikel yang diberikan pada saya menunjukkan islam itu sendiri adalah agama yang relevan untuk semua bangsa di dunia ini.
Oleh itu semestinya, islam bukanlah dilihat sebagai agama yang menghapuskan kebudayaan sesuatu bangsa, Hal ini kerana agama islam itu sendiri berkembang kepada setiap bangsa dan daerah dan tidak pernah menghapuskan budaya dan adat resam sesuatu bangsa atau negeri selagi ia tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip islam .Begitulah halnya juga dengan upacara perkahwinan dimana persandingan dan mengandam adalah salah satu upacara yang sering dilakukan dalam majlis perkahwinan dan menjadi topik untuk dibincangkan dalam blog kali ini
Perkahwinan merupakan perkara yang penting dalam kehidupan masyarakat melayu.Perkahwinan dianggap sebagai tali penyambung dalam menghubungkan dua manusia secara halal sehingga mendapat zuriat.Akan tetapi sistem perkahwinan orang Melayu secara dasarnya banyak menurut adat-adat masyarakat dahulu dan berkaitan dengan adat-adat orang hindu.
Namun dengan kedatangan islam ,banyak perubahan yang berlaku selaras dengan perubahan taraf kehidupan dan perubahan fikiran orang melayu amnya.Walau bagaimanapun, akibat dari amalan yang sudah lama dituruti dan telah bersemadi dalam kehidupan orang melayu,terdapat adat yang masih kekal dan diikuti dan telah bersemadi dalam kehidupan orang Melayu dan terdapat adat yang masih kekal dan diikuti tetapi sudah ada perubahan ,ditambah atau diringkaskan untuk selari dengan ajaran islam.
Kalau diteliti adat persandingan dilihat sebagai suatu perkara yang wajib bagi satu pasangan berkahwin dari kaca mata kebanyakan masyarakat melayu.Persandingan dalam masyarakat melayu boleh ditakrifkan sebagai satu perlakuan yang menempatkan pasangan suami isteri yang telah diijabkabulkan atas pelamin yang dihiasi indah dengan mengenakan pakaian yang kemas dan cantik ,berhias wajah serta dikipas oleh dua orang pengapit.Persandingan ini adalah untuk memperlihatkan pasangan pengantin tersebut kepada masyarakat setempat untuk diperkenalkan dan sebagai nostalgia manis dalam kehidupan pasangan pengantin tersebut.
Akan tetapi dalam islam disyariatkan agar hendaklah diadakan persandingan itu secara tertutup dihadapan muhrim atau keluarga terdekat dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat sahaja.Akan tetapi sekarang ini jika kita lihat semua orang akan berlumba lumba menunjukkan atau pun menjadikan persandingan itu sebagai satu keutamaan dan kadang kala sampai sanggup berhabisan bagi merealisasikan majlis persandingan yang menarik.....adakah itu yang sewajarnya dilakukan...bukankah kita sepatutnya tidak perlu membazir dan duit yang digunakan untuk persandingan tersebut boleh digunakan untuk pasangan tersebut dalam menjalankan kehidupan mereka.......pada pendapat saya ianya boleh dilakukan tetapi jangan sampai ianya mendatangkan masalah di kemudian hari.................dan perlu berlandaskan syariat yang ditetapkan seperti dalam artikel yang telah kita baca sebelum ini....walaupun dalam meniti arus kemodenan kita tidak sepatutnya lupa kepada asal usul kita...
Selain dari itu saya juga ingin mengupas mengenai andaman yang juga salah satu perkara yang dijalankan dalam sambutan perkahwinan.Andaman yang berbentuk "li tadlis " adalah mengabui atau merubah kecantikan yang sebenar juga adalah dilarang sama sekali dalam islam malah ianya adalah haram.Manakala trend sekarang ini kalau kita lihat kebanyakan pengantin suka mengambil kaum lelaki lembut atau lebih glamournya dipanggil "mak yah" dalam mendandan mereka . Hal ini bukankah jelas bertentangan dengan syariat islam kerana aurat perempuan tidak boleh dipertontonkan kepada orang yang bukan muhrim.....jadi adakah wajar perkara ini dilakukan kerana dalam kita mengecapi kegembiran menerima seseorang dalam kehidupan kita ......tidak sewajar kita lupa segala yang menjadi tunjang utama dalam kehidupan kita sebagai seorang islam......pada pendapat saya kita berhak memilih dan kita yang menentukkan yang terbaik yang patut kita lakukan.......
Kesimpulannya dalam menjalani kehidupan kita sehari hari rasanya kadangkala kita perlu meneliti apa yang perlu dilakukan dan apa yang perlu dielakkan ....jadi islam tidak menolak tradisi yang biasa kita lakukan tetapi kita perlu pastikan ia tidak boleh lari dari landasan yang sebenarnya Walaupun kita hidup dalam zaman yang berteknologi dan moden kita tidak sepatutnya melupakan tuntutan agama kita................
No comments:
Post a Comment