Monday, December 9, 2013

KONSEP TA' DIB : TERAS FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

Meniti dan mengharungi arus kemodenan membuatkan kita semakin hari semakin bimbang tentang apa akan jadi pada kehidupan kita dan anak yang mewarisi kehidupan kita......Jika kita lihat semakin maju dan berkembangnya teknologi, masyarakat pula semakin hari semakin hanyut dalam arus kemodenan membuatkan kita sendiri kadang kala keliru.

Mengikut Profesor Syed Muhammad Naquib Al Attas hal ini wajar diteliti secara serius kerana kekeliruan ilmu ini berpunca daripada pandangan alam(worldview) serta faham-faham asasi kebudayaan Barat ini berjaya disuntik ke dalam pemikiran umat islam melalui faham - faham asas yang mendasari ilmu pengetahuan moden khususnya dalam bidang ilmu kemanusian termasuklah pendidikan sejarah,psikologi ,bahasa ,sastera,ekonomi dan sebagainya .Maka kekeliruan ini yang menyebabkan keruntuhan adab di kalangan umat islam itu sendiri.....sebagai pendidik perkara ini perlu diambil berat kerana saya adalah antara yang bertanggungjawab membentuk pemikiran dan menerapkan ilmu agama kepada anak didik saya yang masih muda dan jika betul didikan yang diberikan diperingkat sekolah akan menjadikan anak didik saya lebih berjaya..................

Kalau kita lihat sekarang ini kebanyakkan  pelajar banyak terdedah dengan internet dan kalau kita lihat sendiri ibu bapa sanggup berhabis duit untuk memastikan anak mereka mempunyai telefon yang canggih dan dimana-mana sahaja mereka berada pasti mereka akan membiarkan anak-anak mereka bermain dengan gajet ini sehinggakan kadang-kadang kita lihat komunikasi dalam keluarga menjadi semakin berkurangan. kerana setiap ahli keluarga mempunyai telefon yang canggih dan sentiasa melayari internet atau pun mengadap telefon .....jarang kita lihat mereka duduk dan berborak.....kadangkala anak yang masih kecil pun sudah pandai menggunakan gajet ini.......daripada mana agaknya anak kecil ini meniru ....kalau tidak kerana mereka terlalu didedahkan dengan benda ini setiap hari............bila terlalu senang untuk melayari semua maklumat maka sangat senang akhlak mereka mudah terpesong....kerana anak muda pada masa kini gemar meniru dan menerima apa sahaja yang dilihat tanpa memikirkan atau menimbangkannya sama ada apa yang dilihat itu betul atau salah...........


Melalui artikel yang saya baca ini ada menerangkan bahawa jika sesuatu perbuatan itu dizahirkan ,ianya akan meninggalkan kesan terhadap hati atau ruh maka apabila perbuatan tersebut dilakukan berulang kali ,ia akan meninggalkan kesan yang lebih mendalam terhadap hati atau ruh,sepertimana solat lima waktu yang diumpamakan oleh Rasulullah .Jadi mengikut pemahaman saya jika kita sebagai pendidik cuba menerapkan nilai baik setiap masa tanpa jemu dan sentiasa menekankan pendidikan islam sudah pasti ianya dapat membantu membentuk akhlak pelajar menjadi baik...........bukan sahaja pendidik perlu memainkan peranan ,ibu bapa juga perlu sama-sama menerapkan akhlak yang baik terhadap anak mereka......maka proses ini sudah tentu dapat melahirkan insan yang lebih mulia ............

Tidak dinafikan sistem pendidikan sekarang sebenarnya telah mengadakan banyak program disekolah yang melibatkan penghayatan dan penerapan agama.....saya tidak nafikan sebenarnya usaha banyak dijalankan bagi memantapkan lagi akhlak pelajar disekolah...sebagai contoh disekolah saya sentiasa dijalankan bacaan yassin untuk semua murid ,kem bestari solat,majlis khatam Al-Quran ,pertandingan yang melibatkan program agama semuanya bertujuan menerapkan nilai - nilai agama dikalangan murid-murid sekolah khususnya.

Bahkan kalau kita lihat sendiri pada musim cuti sekolah ini juga banyak program yang diadakan khas untuk pelajar bagi memenuhi masa mereka ......khemah ibadah,motivasi, semuanya adalah salah satu cara untuk menerapkan dan memantapkan akidah mereka...........

Suka saya  tekankan disini sebenarnya bukan sahaja guru yang perlu meminkan peranan dalam memastikan akhlak pelajar ini terjaga....ibu bapa seharusnya bersama-sama membantu bagi merealisasikannya...kerana walau apa cara sekali pun peranan ibu bapa sangat penting kerana ibu bapa merupakan contoh yang terbaik untuk anak mereka.........jangan biarkan anak dihanyutkan dengan dunia maya dan kemodenan....cuba terapkan ciri-ciri keislaman dalam kehidupan mereka................pastikan waris yang kita tinggalkan seterusnya akan mengembalikan semula keangungan tamadun umat Muhammad


Oleh yang demikian tidak dapat disangkalkan lagi walaupun kita ingin meniti arus kemodenan dan ingin berjaya seperti negara Barat ,kita masih perlu memperkuatkan diri tentang ilmu agama dan setiap perbuatan kita perlu sentiasa berlandaskan agama......Dalam sebuah hadith Rasulullah S.A.W. secara jelas menggunakan istilah Ta' dibi bermaksud "Aku telah dididik oleh Tuhanku maka didikanku itu adalah yang terbaik", dan sesungguhnya baginda telah dididik melalui wahyu yang suci -kalam Allah iaitu Al-Quran  Al-Karim yang diturunkan khusus untuk mendidik baginda serta seluruh umat manusia....Oleh itu sangat penting walaupun kita mengejar arus kemodenan ...kita perlu menjadikan agama sebagai panduan hidup kita.....

Cuma apa yang penting peranan kita sebagai ibu bapa,guru dan masyarakat adalah sentiasa perlu memastikan dan mengetahui gerak-geri anak-anak kita , sentiasa pastikan setiap perkara yang dilakukan oleh mereka masih dalam kawalan dan tidak melanggar batas-batas agama......sentiasa cuba mencuri waktu untuk menghabiskan masa bersama dan jangan terlalu mengejar wang ringgit kerana merekalah yang akan menjadi pewaris kita kelak.............

No comments:

Post a Comment