Berbalik kepada ketamadunan melayu adalah ketamadunan islam, setelah dibaca dengan ringkas apa yang yang boleh saya kongsikan dan yang saya faham........islam adalah sebuah agama yang membawa rasionalisme dan pengetahuan dan menegaskan satu sistem masyarakat ,keadilan dan kemuliaan
keperibadian insan .....tidak pernah menekan penganutnya.....menghormati agama yang lain ...ini bermakna kalau kita lihat masyarakat sekarang ini sahaja mereka bebas menganuti agama masing-masing dan tidak ada yang menghalang walaupun kita sedia maklum agama rasmi di Malaysia ialah agama islam....sama juga dengan penggunaan bahasa itu sendiri.....selain dari bahasa melayu ada juga bahasa lain yang digunakan disekolah dan institusi pendidikan yang lain,namun bahasa melayu masih menjadi medan utama dalam kehidupan masyarakat kita khususnya.
Peraturan keagamaan dan kemurniaan batin serta ilmu tasawuf telah tersebar dan mencengkam dalam sanubari masyarakat melayu dan islam tidak hanya kepada raja dan golongan bangsawan malah tersebar dikalangan rakyat jelata dan ini menunjukkan keindahan ajaran islam itu sendiri.......sehingga sekarang ini dimana -mana sahaja kita dapat melihat agama islam diperkembangan hasil dari usaha dulu hingga sekarang...alhamdullilah.
Bahasa melayu yang telah mula bertapak sejak dahulu lagi semakin berkembang tetapi ......adakah ianya mencukupi......bagi saya apabila saya menjadi pendidik saya masih lihat kekurangan dari segi penghayatan murid terhadap bahasa itu sendiri....penggunaan bahasa lain yang menjadi saingan dalam kehidupan membuatkan bahasa melayu itu sendiri hilang identitinya.....mengapakah begitu?
Kita patut bersyukur dan berbangga kerana kedatangan islam juga yang telah memperkenalkan tulisan Arab dan dari situ ia mencernakan bahasa melayu dengan keperibadian tulisan jawi dan akhirnya mewujudkan apa yang disebut bahasa melayu yang terpakai sehingga sekarang.......
Jika dilihat kehilangan perkataan melayu dalam kehidupan hari ini seperti mana yang berlaku dalam Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia dan Kebudayaan Melayu kepada Kebudayaan Malaysia dan Bangsa Melayu kepada Bangsa Malaysia.........PERLU DI BERI PERHATIAN YANG SEWAJARNYA.............
Sebagai pendidik dan bangsa melayu saya perlu menerapkan seberapa banyak ilmu supaya bangsa melayu akan datang lebih bercirikan melayu sejati dengan menyediakan pelbagai program disekolah kerana disini berkembangnya ilmu pengetahuan dan dalam mencari ilmu di menara gading ini saya cuba sedaya upaya mempelajari seberapa banyak yang dapat untuk memperkukuhkan lagi kefahaman saya.........insyaallah.....semoga ianya dipermudahkan oleh ALLAH.......
setakat ini sahaja ulasan harap jika ada kesalahan ianya datang dari kefahaman saya sendiri......terima kasih
No comments:
Post a Comment