TEKS DAN MAKNA DALAM DRAMA MELAYU MODEN SOLEHAH
Apa yang saya faham bila membaca penulisan yang diberi...........secara jujurnya ia lebih mudah difahami.........oleh yang demikian pada pendapat saya dan melalui pemahaman saya....manusia berkarya sejak sekian lama......maka kebudayaan karyawan itu dikatakan menjadi konteks yang melahirkan segala macam rasa dan makna yang diserlahkan menerusi karyanya..........
teks pula menceritakan rentetan peristiwa,digubah menurut plot cerita yang dijalin kemas menerusi dialog dan persimbolan.........dan pada pendapat saya pengarah dalam penulisan ini memainkan peranan penting dalam merealitikan sesebuah teks itu...........sesebuah teks yang ditafsirkan dan dihidupkan diatas pentas oleh satu regu yang dipimpin oleh pengarahnya.
Akan tetapi jika pengarah drama yang mementaskan teks karya orang lain gagal menanggapi maksud yang tersirat dalam teks , makna teks tersebut boleh diselewengkan.......jadi disitu kita dapat lihat pentingnya TAFSIRAN seseorang tentang teks yang dibaca.......sebenarnya amat susah untuk memastikan orang memahami penulisan kita kerana pemikiran,sikap dan indentiti seseorang itu berbeza.- beza .......oleh yang demikian sewajarnya biarlah orang yang selayaknya merealitikan apa yang ditulis....semestinya penulis itu sendiri..............jadi itu pendapat saya.
Jika diteliti dengan sebaik-baiknya, sebenarnya kita juga secara tidak langsung adalah pengarah dan penulis dalam kehidupan kita sehari -hari,,,cuma secara zahir nya kehidupan kita tidak dihasilkan dalam bentuk penulisan .........apa yang terjadi dalam kehidupan kita semuanya dari diri kita sendiri........melalui pembawakan diri kita sendiri......dan kita sahaja yang boleh menjadikan diri kita bahagia atau sebaliknya.....itu la pendapat saya....
No comments:
Post a Comment