Tuesday, December 17, 2013

kelas terakhir ......

Alhamdullilah akhirnya kelas berakhir untuk semester ini....sebenarnya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr Masrynna kerana banyak membuka minda saya dan banyak mengajar saya ...walaupun ini matapelajaran elektif untuk saya .......saya tetap mencuba walaupun tidak begitu sempurna....

Pembentangan untuk kelas terakhir ini juga selesai.........Alhamdulilah...komen Dr Mas supaya konsep worldview atau ta'dib itu difahami dan diaplikasikan melalui analogi.......analogi yang diberi bagus cuma perkaitannya kurang........

terima kasih Dr Mas

2.12.2013 kelas

Kelas kali ni banyak mengupas mengenai pembentangan dua rakan saya mengenai ..dan yang paling menarik budaya minang....bagaimana orang minang mendidik anak mereka terutama anak lelaki....

Kelas yang menarik memandangkan saya tidak pernah pergi kesana jadi pengalaman kawan saya membuatkan saya teringin untuk melancong kesana......

SEPERTI KATA KAWAN SAYA......KEMBARA ILMU

Monday, December 9, 2013

KONSEP TA' DIB : TERAS FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

Meniti dan mengharungi arus kemodenan membuatkan kita semakin hari semakin bimbang tentang apa akan jadi pada kehidupan kita dan anak yang mewarisi kehidupan kita......Jika kita lihat semakin maju dan berkembangnya teknologi, masyarakat pula semakin hari semakin hanyut dalam arus kemodenan membuatkan kita sendiri kadang kala keliru.

Mengikut Profesor Syed Muhammad Naquib Al Attas hal ini wajar diteliti secara serius kerana kekeliruan ilmu ini berpunca daripada pandangan alam(worldview) serta faham-faham asasi kebudayaan Barat ini berjaya disuntik ke dalam pemikiran umat islam melalui faham - faham asas yang mendasari ilmu pengetahuan moden khususnya dalam bidang ilmu kemanusian termasuklah pendidikan sejarah,psikologi ,bahasa ,sastera,ekonomi dan sebagainya .Maka kekeliruan ini yang menyebabkan keruntuhan adab di kalangan umat islam itu sendiri.....sebagai pendidik perkara ini perlu diambil berat kerana saya adalah antara yang bertanggungjawab membentuk pemikiran dan menerapkan ilmu agama kepada anak didik saya yang masih muda dan jika betul didikan yang diberikan diperingkat sekolah akan menjadikan anak didik saya lebih berjaya..................

Kalau kita lihat sekarang ini kebanyakkan  pelajar banyak terdedah dengan internet dan kalau kita lihat sendiri ibu bapa sanggup berhabis duit untuk memastikan anak mereka mempunyai telefon yang canggih dan dimana-mana sahaja mereka berada pasti mereka akan membiarkan anak-anak mereka bermain dengan gajet ini sehinggakan kadang-kadang kita lihat komunikasi dalam keluarga menjadi semakin berkurangan. kerana setiap ahli keluarga mempunyai telefon yang canggih dan sentiasa melayari internet atau pun mengadap telefon .....jarang kita lihat mereka duduk dan berborak.....kadangkala anak yang masih kecil pun sudah pandai menggunakan gajet ini.......daripada mana agaknya anak kecil ini meniru ....kalau tidak kerana mereka terlalu didedahkan dengan benda ini setiap hari............bila terlalu senang untuk melayari semua maklumat maka sangat senang akhlak mereka mudah terpesong....kerana anak muda pada masa kini gemar meniru dan menerima apa sahaja yang dilihat tanpa memikirkan atau menimbangkannya sama ada apa yang dilihat itu betul atau salah...........


Melalui artikel yang saya baca ini ada menerangkan bahawa jika sesuatu perbuatan itu dizahirkan ,ianya akan meninggalkan kesan terhadap hati atau ruh maka apabila perbuatan tersebut dilakukan berulang kali ,ia akan meninggalkan kesan yang lebih mendalam terhadap hati atau ruh,sepertimana solat lima waktu yang diumpamakan oleh Rasulullah .Jadi mengikut pemahaman saya jika kita sebagai pendidik cuba menerapkan nilai baik setiap masa tanpa jemu dan sentiasa menekankan pendidikan islam sudah pasti ianya dapat membantu membentuk akhlak pelajar menjadi baik...........bukan sahaja pendidik perlu memainkan peranan ,ibu bapa juga perlu sama-sama menerapkan akhlak yang baik terhadap anak mereka......maka proses ini sudah tentu dapat melahirkan insan yang lebih mulia ............

Tidak dinafikan sistem pendidikan sekarang sebenarnya telah mengadakan banyak program disekolah yang melibatkan penghayatan dan penerapan agama.....saya tidak nafikan sebenarnya usaha banyak dijalankan bagi memantapkan lagi akhlak pelajar disekolah...sebagai contoh disekolah saya sentiasa dijalankan bacaan yassin untuk semua murid ,kem bestari solat,majlis khatam Al-Quran ,pertandingan yang melibatkan program agama semuanya bertujuan menerapkan nilai - nilai agama dikalangan murid-murid sekolah khususnya.

Bahkan kalau kita lihat sendiri pada musim cuti sekolah ini juga banyak program yang diadakan khas untuk pelajar bagi memenuhi masa mereka ......khemah ibadah,motivasi, semuanya adalah salah satu cara untuk menerapkan dan memantapkan akidah mereka...........

Suka saya  tekankan disini sebenarnya bukan sahaja guru yang perlu meminkan peranan dalam memastikan akhlak pelajar ini terjaga....ibu bapa seharusnya bersama-sama membantu bagi merealisasikannya...kerana walau apa cara sekali pun peranan ibu bapa sangat penting kerana ibu bapa merupakan contoh yang terbaik untuk anak mereka.........jangan biarkan anak dihanyutkan dengan dunia maya dan kemodenan....cuba terapkan ciri-ciri keislaman dalam kehidupan mereka................pastikan waris yang kita tinggalkan seterusnya akan mengembalikan semula keangungan tamadun umat Muhammad


Oleh yang demikian tidak dapat disangkalkan lagi walaupun kita ingin meniti arus kemodenan dan ingin berjaya seperti negara Barat ,kita masih perlu memperkuatkan diri tentang ilmu agama dan setiap perbuatan kita perlu sentiasa berlandaskan agama......Dalam sebuah hadith Rasulullah S.A.W. secara jelas menggunakan istilah Ta' dibi bermaksud "Aku telah dididik oleh Tuhanku maka didikanku itu adalah yang terbaik", dan sesungguhnya baginda telah dididik melalui wahyu yang suci -kalam Allah iaitu Al-Quran  Al-Karim yang diturunkan khusus untuk mendidik baginda serta seluruh umat manusia....Oleh itu sangat penting walaupun kita mengejar arus kemodenan ...kita perlu menjadikan agama sebagai panduan hidup kita.....

Cuma apa yang penting peranan kita sebagai ibu bapa,guru dan masyarakat adalah sentiasa perlu memastikan dan mengetahui gerak-geri anak-anak kita , sentiasa pastikan setiap perkara yang dilakukan oleh mereka masih dalam kawalan dan tidak melanggar batas-batas agama......sentiasa cuba mencuri waktu untuk menghabiskan masa bersama dan jangan terlalu mengejar wang ringgit kerana merekalah yang akan menjadi pewaris kita kelak.............

Saturday, November 30, 2013

kelas 25.11.2013 (isnin)

Walaupun tidak hadir ke kelas kerana terpaksa menguruskan kepentingan anak...tugasan yang diberikan telah diterima melalui sahabat baik ku FARAH NOORZEE..... THANKS



ADAT PERSANDINGAN DAN BERANDAM ................

Dalam kepesatan masyarakat menuju ke arah negara maju ,masih wujud kekeliruan antara tuntutan agama dan adat yang menjadi pegangan kuat orang melayu.Bahkan  kalau kita lihat ada pepatah yang mengatakan" biar mati anak ,jangan mati adat" ini sudah cukup menggambarkan betapa dalam sesuatu situasi adat mendahului kepentingan lain dalam hidup....pada pendapat saya dalam artikel yang diberikan pada saya menunjukkan islam itu sendiri adalah agama yang relevan untuk semua bangsa di dunia ini.

Oleh itu semestinya, islam bukanlah dilihat sebagai agama yang menghapuskan kebudayaan sesuatu bangsa, Hal ini kerana agama islam itu sendiri berkembang kepada setiap bangsa dan daerah dan tidak pernah menghapuskan budaya dan adat resam sesuatu bangsa atau negeri selagi ia tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip islam .Begitulah halnya juga dengan upacara perkahwinan dimana persandingan dan mengandam adalah salah satu upacara yang sering dilakukan dalam majlis perkahwinan dan menjadi topik untuk dibincangkan dalam blog kali ini

Perkahwinan merupakan perkara yang penting dalam kehidupan masyarakat melayu.Perkahwinan dianggap sebagai tali penyambung dalam menghubungkan dua manusia secara halal sehingga mendapat zuriat.Akan tetapi sistem perkahwinan orang Melayu secara dasarnya banyak menurut adat-adat masyarakat dahulu dan berkaitan dengan adat-adat orang hindu.

Namun dengan kedatangan islam ,banyak perubahan yang berlaku selaras dengan perubahan taraf kehidupan dan perubahan fikiran orang melayu amnya.Walau bagaimanapun, akibat dari amalan yang sudah lama dituruti dan telah bersemadi dalam kehidupan orang melayu,terdapat adat yang masih kekal dan diikuti dan telah bersemadi dalam kehidupan orang Melayu dan terdapat adat yang masih kekal dan diikuti tetapi sudah ada perubahan ,ditambah atau diringkaskan untuk selari dengan ajaran islam.

Kalau diteliti adat persandingan dilihat sebagai suatu perkara yang wajib bagi satu pasangan berkahwin dari kaca mata kebanyakan masyarakat melayu.Persandingan dalam masyarakat melayu boleh ditakrifkan sebagai satu perlakuan yang menempatkan pasangan suami isteri yang telah diijabkabulkan atas pelamin yang dihiasi indah dengan mengenakan pakaian yang kemas dan cantik ,berhias wajah serta dikipas oleh dua orang pengapit.Persandingan ini adalah untuk  memperlihatkan pasangan pengantin tersebut kepada masyarakat setempat untuk diperkenalkan dan sebagai nostalgia manis dalam kehidupan pasangan pengantin tersebut.

Akan tetapi dalam islam disyariatkan agar hendaklah diadakan persandingan itu secara tertutup dihadapan muhrim atau keluarga terdekat dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat sahaja.Akan tetapi sekarang ini jika kita lihat semua orang akan berlumba lumba menunjukkan atau pun menjadikan persandingan itu sebagai satu keutamaan dan kadang kala sampai sanggup berhabisan bagi merealisasikan majlis persandingan yang menarik.....adakah itu yang sewajarnya dilakukan...bukankah kita sepatutnya tidak perlu membazir dan duit yang digunakan untuk persandingan tersebut boleh digunakan untuk pasangan tersebut dalam menjalankan kehidupan mereka.......pada pendapat saya ianya boleh dilakukan tetapi jangan sampai ianya mendatangkan masalah di kemudian hari.................dan perlu berlandaskan syariat yang ditetapkan seperti dalam artikel yang telah kita baca sebelum ini....walaupun dalam meniti arus kemodenan kita tidak sepatutnya lupa kepada asal usul kita...

Selain dari itu saya juga ingin mengupas mengenai andaman yang juga salah satu perkara yang dijalankan dalam sambutan perkahwinan.Andaman yang berbentuk "li tadlis " adalah mengabui atau merubah kecantikan yang sebenar juga  adalah dilarang sama sekali dalam islam malah ianya adalah haram.Manakala trend sekarang ini kalau kita lihat kebanyakan pengantin suka mengambil kaum lelaki lembut atau lebih glamournya dipanggil "mak yah" dalam  mendandan mereka . Hal ini bukankah jelas bertentangan dengan syariat islam kerana aurat perempuan tidak boleh dipertontonkan kepada orang yang bukan muhrim.....jadi adakah wajar perkara ini dilakukan kerana dalam kita mengecapi kegembiran menerima seseorang dalam kehidupan kita ......tidak sewajar kita lupa segala yang menjadi tunjang utama dalam kehidupan kita sebagai seorang islam......pada pendapat saya kita berhak memilih dan kita yang menentukkan yang terbaik yang patut kita lakukan.......

Kesimpulannya dalam menjalani kehidupan kita sehari hari rasanya kadangkala kita perlu meneliti apa yang perlu dilakukan dan apa yang perlu dielakkan ....jadi islam tidak menolak tradisi yang biasa kita lakukan tetapi kita  perlu pastikan ia tidak boleh lari dari landasan yang sebenarnya  Walaupun kita hidup dalam zaman  yang berteknologi  dan moden kita tidak sepatutnya melupakan tuntutan agama kita................

Wednesday, November 20, 2013

PANDANGAN ISLAM TERHADAP TRADISI DAN KEMODENAN

Mengikut petikan, umat islam pada hari ini tidak terkecuali para intelektualnya, mengalami dilema dalam menyikapi tradisi..........Golongan modenis dan pascamodenis beranggapan bahawa tradisi adalah beban yang harus dilupakan untuk maju ke hadapan.....benarkah begitu....pada pendapat saya kemajuan itu adalah sesuatu yang baik akan tetapi setiap kejayaan yang ingin dikecapi perlu selaras..........jangan hanya kerana kita mementingkan kemajuan.............kita tolak apa yang telah diwarisi sejak zaman berzaman.....kepercayaan kita pada agama....jangan kita lupa ......

TURATH adalah rakaman tentang bagaimana islam difahami dan dilaksanakan sejak generasi awal islam....Turath menghimpunkan ilmu-ilmu yang dihasilkan oleh para ulama sejak lebih 1400 tahun yang lalu....oleh yang demikian apa yang telah dihimpunkan dahulu akan menjadi pedoman untuk memandu dan membimbing umat islam masa kini dalam memahami dan melaksanakan islam juga dalam menjalani kehidupan yang baik.....oleh sebab itu pentingnya masyarakat amnya mendalami ilmu keagamaan yang mana telah diwarisi sejak zaman berzaman......jangan memandang remeh.....jika dilihat sekarang ini, kerana mengejar kemewahan dan kemodenan kadang kala kita alpa....oleh itu tidak ada konsep yang baru lebih baik dari yang lama...atau yang baru menggantikan yang lama.....

Kalau kita lihat melalui petikan ada menceritakan bahawa Peradaban islam berada pada kemuncaknya ketika ilmuwan Muslim bejaya menghasilkan karya -karya besar yang menjadi rujukan ilmuwan dan ketika para ilmuwan tidak menghasilkan karya -karya besar maka bermulalah zaman keruntuhan.....disini kita boleh lihat pentingnya ada ilmu,akhlak dan agama dan jika semua ini tiada maka kerosakan akan bermaharajalela kerana masyarakat berada dalam kejahilan dan kekeliruan..........

Lebih mudah lagi islam adalah agama yang sangat menekankan ilmu.....kerana dalam islam seorang ilmuwan itu diangkat sedimikian tinggi martabatnya disisi islam.....dalam meniti kehidupan sehari-hari jika kita mengangkat  dan menjadikan orang yang tidak berilmu dan berautoriti dan yang  tidak diakui kewibawaannya maka akan berlaku kezaliman dan ketidakadilan yang tentunya akan merugikan islam dan umat islam....dan semestinya kita boleh lihat sekarang kerana kurangnya ilmu agama menyebabkan kita boleh lihat  pelbagai masalah yang terjadi dimana ada masyarakat kita yang boleh terjebak dengan ajaran sesat yang semakin lama semakin banyak menular dan merupakan masalah yang sepatutnya diambil berat...........

Pembangunan mengikut perspektif islam adalah pembangunan yang menyeluruh......kemajuan dan pembangunan yang sebenar mesti memberi kesan yang baik kepada manusia ,kesejahteraan dan kebahagiaannya,tidak merendahkan martabat manusia dan dan menjadikannya sebagai alat bagi industri dan negara.....dan ini adalah yang terbaik yang perlu dikejar kerana pembangunan seperti ini dilihat sangat menyeluruh......Jangan menjadikan pembangunan itu sebagai satu alasan untuk kita melupakan matlamat sebenar kehidupan kita.....

Oleh yang demikian umat islam jangan hanya menjadi pengikut sahaja....cuba berusaha untuk menjadi  masyarakat yang lebih berjaya dengan merubah watak dan budaya kita sebagai contoh sikap yang dilihat masih ada dalam diri masyarakat kita sehingga kini iaitu sikap bergantungan ,iri hati,pasrah dan hasad dengki sesama sendiri dan adakah ini yang perlu kita warisi....fikir-fikirkan lah.......Islam tidak pernah menentang kemajuan cuma sikap masyarakat yang membuatkan kita kadang kadang menjadi yang terkebelakang......Hakikatnya jika tidak berhati-hati modenisasi ,dalam pergertian sekular ,boleh menjadi jalan tercepat ke arah kehancuran kita......adakah ini yang kita mahukan............, 

Monday, November 18, 2013

11.11.2013......apa yang kita faham. dan lihat

kelas pada kali ini banyak juga yang aku belajar.....bila kita membuka facebook apa yang kita lihat dan kita post kadang-kadang melahirkan  persepsi yang berlainan......

Betul juga apa yang kami bincangkan dikelas.....kadang -kadang kita rasa apa yang kita hantar itu tak memudaratkan .....tetapi sebenarnya dari sesuatu gambar atau ayat yang mudah boleh menimbulkan bermacam-macam pendapat.......untuk saya kelas yang banyak memberi input untuk aku............

kelas 4.11.2013......

Walaupun kelas untuk hari ini tiada.....
kerja tetap perlu dilaksanakan,kami diarahkan bersiap sedia untuk pembentangan nanti.....

cuti-cuti sambil membuat kerja.........

artikel.....opening ADDRESS THE WORLDVIEW OF ISLAM AN OUTLINE ( 18.11.2013)

Mengikut apa yang saya faham mengenai artikel "Opening Address the worldview of islam an outline oleh Syed Naquib Al-Attas lebih tertumpu kepada kehidupan masyarakat kita secara amnya......pandangan hidup islam merangkumi  Al dunya dan Al akhirat dan kedua -duanya sangat berkait rapat kerana memandangkan kita hidup dalam arus kemodenan masyarakat lebih tertumpu kepada duniawi ..........akhirat dilupa dan dipandang remeh.....mengejar kemewahan sehingga lupa apa yang sepatutnya kita dulukan dan laksanakan.

Walhal kita sedia maklum......sebenarnya kehidupan kita perlu berlandaskan syariat islam dan kedua-duanya perlu seiring......

Kita boleh lihat dari perspektif pandangan moden dan islam di dunia meninggalkan kesan yang amat mendalam terhadap satu sama lain dan kita perlu mencari landasan yang betul bagi memastikan kehidupan kita lebih terjamin............

Jika kita ingin berjaya mengikut kata Timbalan Perdana Menteri kita perlu "Memperkaya kehidupan kita dengan silang budaya di seluruh dunia" dan ianya boleh diterima pakai dan dijadikan panduan supaya kita perlu belajar dan mengamati cara kehidupan masyarakat dunia amnya tetapi masih perlu mengikut landasan yang betul....islam juga tidak pernah membantaskan kita dari menuntut ilmu........tetapi jangan sampai lalai dan leka kerana segala yang diperolehi di dunia ini hanyalah sementara.................

RENUNG-RENUNGKANLAH........

Sunday, November 3, 2013

KELAS......28 . 10. 2013

 PEMBENTANGAN " ATAP GENTING ATAP RUMBIA"


Kelas mula awal untuk minggu ini......hati seperti biasa sedikit berdebar dan yang pastinya gementar sebab nak kena buat pembentangan.....

Nasib baik skrip atap genting atap rumbia senang difahami dan dapat dikaitkan dengan SOLEHAH ISHAK dan alhamdulliah semuanya berjalan dengan lancar.....

ORANG KAYA DAPAT MENANTU ,ORANG MISKIN HILANG ANAK......FIKIR-FIKIR KAN LAH PETIKAN AYAT DARI SKRIP YANG SAYA BACA.......  

Sunday, October 27, 2013

PERBINCANGAN TENTANG BLOG

kelas 21.10.2013


Hari ini kelas seperti biasa .....kami diberikan kumpulan untuk membincangkan mengenai artikel yang diberikan pada minggu sebelumnya..............

Kelas sangat aktif kerana banyak topik yang dibincangkan dan banyak inpu yang saya dapat.....

Secara keseluruhan..............KELAS TERBAIK.........

Saturday, October 19, 2013

NOVEL - NOVEL MELAYU MUTAKHIR

ANALISIS CERMINAN NILAI BUDAYA BANGSA (RAMLI ISIN)


Melalui pembacaan yang seterusnya saya berpendapat bahawa novel adalah sebuah karya yang merupakan salah satu cara menonjolkan kehidupan masyarakat melalui penelitian dan penganalisisan terhadap teks -teks atau novel-novel pilihan itu dan ianya akan lebih menarik jika penulis cenderung kepada penumpuan atau aliran yang hampir sama dan novelis itu menanggapi ,menghayati dan mencernakan dengan teliti kenyataan (realiti)dan nilai masyarakat bangsa mereka yang dihadapi dan dialami oleh mereka dalam kehidupan sehari-hari,sama ada di kampung mahupun di bandar dan persisirnya .

Novel boleh menjadi medium untuk menyampai maklumat kepada masyarakat kerana rata-rata jika kita lihat senario sekarang masyarakat suka membaca ....tambahan pula jika bahan yang dibaca berkisarkan tentang kehidupan masyarakat..............Jika kita lihat sekarang ini di sekolah-sekolah juga melalui pembelajaran sastera banyak novel berilmiah di perkenalkan dan secara tidak langsung ianya dapat memberi banyak pendedahan kepada pelajar......

Oleh yang demikian pengarang atau novelis yang dianggap terbaik dan berhasil adalah pengarang atau novelis yang berusaha sebaik mungkin mencitrakan ,mencerminkan dan mentafsir nilai budaya masyarakat bangsanya itu dalam pelbagai aspek dalam karya - karya yang diciptanya.....

Rumusannya biarlah cerminan nilai budaya masyarakat dan bangsa yang terdapat dalam teks-teks atau novel - novel yang dipilih itu benar-benar tercetus dari hati nurani mereka yang jujur dan yang ingin melihat perkembangan KESUSASTERAAN MELAYU,Kesusasteraan kebangsaannya ,berada ditempat yang sewajarnya......mudah-mudah usaha ini dapat dilaksanakan dengan baik hasil usaha semua........akhir kata bacalah dan hayati lah kebudayaan masyarakat kita kerana nilainya amat tinggi dan ianya patut diharagai.............ini lah pendapat saya............

Friday, October 18, 2013

TEKS DAN MAKNA DALAM DRAMA MELAYU MODEN SOLEHAH


Apa yang saya faham bila membaca penulisan yang diberi...........secara jujurnya ia lebih mudah difahami.........oleh yang demikian pada pendapat saya dan melalui pemahaman saya....manusia berkarya sejak sekian lama......maka kebudayaan karyawan itu dikatakan menjadi konteks yang melahirkan segala macam rasa dan makna yang  diserlahkan menerusi karyanya..........

teks pula menceritakan rentetan peristiwa,digubah menurut plot cerita yang dijalin kemas menerusi dialog dan persimbolan.........dan pada pendapat saya pengarah dalam penulisan ini memainkan peranan penting dalam merealitikan sesebuah teks itu...........sesebuah teks yang ditafsirkan dan dihidupkan diatas pentas oleh satu regu yang dipimpin oleh pengarahnya.


Akan tetapi jika pengarah drama yang mementaskan teks karya orang lain gagal menanggapi maksud yang tersirat dalam teks , makna teks tersebut boleh diselewengkan.......jadi disitu kita dapat lihat pentingnya TAFSIRAN seseorang tentang teks yang dibaca.......sebenarnya amat susah untuk memastikan orang memahami penulisan kita kerana pemikiran,sikap dan indentiti seseorang itu berbeza.- beza .......oleh yang demikian sewajarnya biarlah orang yang selayaknya  merealitikan apa yang ditulis....semestinya penulis itu sendiri..............jadi itu pendapat saya.

 

Jika diteliti dengan sebaik-baiknya, sebenarnya kita juga  secara tidak langsung adalah pengarah dan penulis dalam  kehidupan kita sehari -hari,,,cuma secara zahir nya kehidupan kita tidak dihasilkan dalam bentuk penulisan .........apa yang terjadi dalam kehidupan kita semuanya dari diri kita sendiri........melalui pembawakan diri kita sendiri......dan kita sahaja yang boleh menjadikan diri kita bahagia atau sebaliknya.....itu la pendapat saya.... 

KELAS KEDUA..........

SETELAH MINGGGU PERTAMA KELAS............DR MENYOAL APA YANG KAMI FAHAM TENTANG BUKU YANG TELAH DI BACA..........ADA PRESENTATION MENGEJUT..........KENA BUAT POWERPOINT..............NASIB BAIK KAMI BOLEH BUAT.........ALHAMDULILAH.......KELAS TERBAIK..........

kelas pertama..........

BARU MENGENALI KAWAN YANG BARU...........
SO FAR SO GOOD ........
SEDIKIT TAKUT DAN BERMACAM PERASAAN TIMBUL ......NASIB BAIK ADA MEMBER BAIK KU......SO SEMUA BERJALAN DENGAN BAIK.........
KERJA PERTAMA YANG DIARAHKAN OLEH DR  MEMBACA BUKU "ISLAM DALAM SEJARAH  DAN KEBUDAYAAN MELAYU" OLEH "SYED MUHAMMAD NAGUIB AL-ATTAS"

Monday, October 7, 2013

UMAT MELAYU CERMINAN ISLAM


http://www.bharian.com.my/bharian/articles/UmatMelayucerminanIslam/k

komen saya melalui artikel yang telah saya baca ialah secara keseluruhannya kita boleh lihat masyarakat melayu ini terdapat dimerata-rata tempat diseluruh pelosok dunia.....dalam ertikata lain jika kita orang melayu secara automatiknya kita adalah seorang yang beragama islam.Akan tetapi pada zaman sekarang yang penuh dengan teknologi tinggi masyarakat lebih moden dan bersikap lebih terbuka dan kadang-kala melampaui norma yang sepatutnya ada pada seorang yang dikatakan melayu yang beragama islam.Masyarakat melayu juga kini kebanyakkan telah berjaya dan dapat menandingi orang lain......Akan tetapi disebabkan ini kita lihat banyak kemusnahan yang berlaku melibatkan keruntuhan akhlak masyarakat kita.Kita juga mudah berpecah belah .Kalau kita lihat golongan muda pada masa kini banyak terlibat dengan gejala sosial banyak  masalah timbul seperti pembuangan anak,menghisap dadah,merempit dan banyak lagi yang kebanyakan dilihat melibatkan golongan muda dan orang melayu

Oleh yang demikian saya rasa saya sebagai pendidik dan merupakan antara orang yang dapat menerapkan semula budaya melayu yang semakin lama semakin hilang ditelan zaman untuk anak - anak didik saya diperingkat sekolah rendah kerana bak kata pepatah "melentur buluh biarlah dari rebungnya"jadi tugas saya amat berat dalam memupuk minat murid dalam menyayangi budaya kita sendiri yang penuh dengan kesopanan dan keunikan yang tersendiri melalui pengajaran saya sehari.....insyallah.....mudah-mudahan perjuangan saya akan berjaya.................itu pandangan saya.......

KETAMADUNAN MELAYU ADALAH KETAMADUNAN ISLAM

http://nusacentre.wordpress.com/rencana/ketamadunan-melayu-adalah-ketamadunan-islam/

Berbalik kepada  ketamadunan melayu adalah ketamadunan islam, setelah dibaca dengan ringkas apa yang yang boleh saya kongsikan dan yang saya faham........islam adalah sebuah agama yang membawa rasionalisme dan pengetahuan dan  menegaskan satu sistem masyarakat ,keadilan dan kemuliaan
keperibadian insan .....tidak pernah menekan penganutnya.....menghormati agama yang lain ...ini bermakna kalau kita lihat masyarakat sekarang ini sahaja mereka bebas menganuti agama masing-masing dan tidak ada yang menghalang walaupun kita sedia maklum agama rasmi di Malaysia ialah agama islam....sama juga dengan penggunaan bahasa itu sendiri.....selain dari bahasa melayu ada juga bahasa lain yang digunakan disekolah dan institusi pendidikan yang lain,namun bahasa melayu masih menjadi medan utama dalam kehidupan masyarakat kita khususnya.


Peraturan keagamaan dan kemurniaan batin serta ilmu tasawuf telah tersebar dan mencengkam dalam sanubari masyarakat melayu dan islam tidak hanya kepada raja dan golongan bangsawan malah tersebar dikalangan rakyat jelata dan ini menunjukkan keindahan ajaran islam itu sendiri.......sehingga sekarang ini dimana -mana sahaja kita dapat melihat agama islam diperkembangan hasil dari usaha dulu hingga sekarang...alhamdullilah.


Bahasa melayu yang telah mula bertapak sejak dahulu lagi semakin berkembang tetapi ......adakah ianya mencukupi......bagi saya apabila saya menjadi pendidik saya masih lihat kekurangan dari segi penghayatan murid terhadap bahasa itu sendiri....penggunaan bahasa lain yang menjadi saingan dalam kehidupan membuatkan bahasa melayu itu sendiri hilang identitinya.....mengapakah begitu?


Kita patut bersyukur dan berbangga kerana kedatangan islam juga yang telah memperkenalkan tulisan Arab dan dari situ ia mencernakan bahasa melayu dengan keperibadian tulisan jawi dan akhirnya mewujudkan apa yang disebut bahasa melayu yang terpakai sehingga sekarang.......

Jika dilihat kehilangan perkataan melayu dalam kehidupan hari ini seperti mana yang berlaku dalam Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia dan Kebudayaan Melayu kepada Kebudayaan Malaysia  dan Bangsa Melayu kepada Bangsa Malaysia.........PERLU DI BERI PERHATIAN YANG SEWAJARNYA.............


Sebagai pendidik dan bangsa melayu saya perlu menerapkan seberapa banyak ilmu supaya bangsa melayu akan datang lebih bercirikan melayu sejati dengan menyediakan pelbagai program disekolah kerana disini berkembangnya ilmu pengetahuan dan dalam mencari ilmu di menara gading ini saya cuba sedaya upaya mempelajari seberapa banyak yang dapat untuk memperkukuhkan lagi kefahaman saya.........insyaallah.....semoga ianya dipermudahkan oleh ALLAH.......

setakat ini sahaja ulasan harap jika ada kesalahan ianya datang dari kefahaman saya sendiri......terima kasih

Monday, September 30, 2013

blog kelas......terbaik

salam satu Malaysia......semalam kelas baru saja mempelajari cara membuat blog...thanks to Dr yang sudi mengajar.......